Pengalaman Kem BTN : Tanjung Rhu Sepang!

Ehem. Dah lama dah tak update blog sebab sibuk (baca; malas). Hari ni nak share sikit tentang pengalaman Nat masa melalui kem Bina Tata Negara.

Persoalannya, masa BTN buat apa?
Masa BTN nilah korang dengar ceramah( ceramah tentang negaralah... ramai yang tidur masa ni), main game untuk bina semangat jati diri dan kerjasama(kononnya). Lepastu, ada jugak sesi di mana korang akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Dalam 10 ke 15 orang macam tu.

Kem ni jangan bimbang takde ragging teruk-teruk. Kalau korang langgar peraturan macam tak pergi solat jemaah, paling teruk pun kena marah dengan fasilitator. Tahan jelah telinga tu ye.. dah pandai buat salah.haha. Tapi kalau boleh, pergi jelah sembahyang jemaah dekat surau tu.. dapat pahala lebih. Jangan ponteng tau! :P




Untuk Makluman korang, BTN ni wajib untuk semua pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan rakyat yang ingin bekerja dengan kerajaan.
Siapa yang nak mohon jawatan PTD ke ape ke... haa memang kenalah join. Tapi kalau suka2 nak join jugak pun tak ape.

Sebelum Nat lupa, dekat kem ni tak ada line telefonnnnn. Jadi jangan beranganlah nak main instagram ke ape. Alah, bukan sempat pun nak main. Aktiviti banyak. Kena kawadlah, presentationlah. Ceramah ada jugak tapi tak banyak jadi peluang untuk curi2 tidur tipis.(untuk kem ni, pukul 11 mlm dh boleh masuk dorm tidur, pukul 5.30 kumpul kat surau untuk solat subuh berjemaah. Lebih baiklah daripada mds)

Dorm die macam mana???
Haaa bagi Nat lah, dorm die tip top best, selesa. Tandas pun banyak. Taklah lama sangat menunggu untuk mandi.

Makanan??
Makan 6 kali sehari, percuma...dahlah sedap 🖒🖒🖒 ni yang bagus ni.hihi

Dapatan?
Hmmm... sebab dah 3 bulan berlalu, dah tak ingat lah.. haha. Pergi 3 hari je kem. Tapi Nat tahulah sedikit sebanyak tentang kontrak sosial dan perlembagaan 153, 152 tu.

                    Wajah-wajah gembira 😆


Seriously, this kem is not so bad. I enjoy the whole days and nights that I spent there.

All in all. It's fun!
🤗

Comments

Popular Posts