Post-MDS UiTM Shah Alam!

Alhamdulillah, habis sudah MDS atau Minggu Destini Siswa di Shah Alam. Ya Allah, kalau boleh, Nat tak nak dah masuk MDS tu... it's a pure torture! Cuba bayangkan, tidur pukul 1.30 pagi, pukul 4 pagi dah kena bangun, lepastu kumpul dekat padang kawad pukul 4.35 pagi. Kalau tak cukup semua orang, nanti kena denda, kena bangun lagi awal dari hari yang seterusnya.huhu. Untunglah orang yang melancong ke luar negara masa MDS, dapat pengecualian dari hadiri MDS. Jealousnyeeeee!!!

Untuk makluman semua, Nat ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM Sungai Buloh, dalam kursus perubatan, tetapi, disebabkan UiTM Sungai Buloh ni agak kecil, semua siswa dan siswi yang akan melanjutkan pelajaran di UiTM Sungai Buloh akan ber-MDS di UiTM Shah Alam.

Hari pertama tu, Nat bangun awal, dalm pukul 3.30 pagi, siap awal-awal untuk kejut anak buah sebab Nat 'frontliner' atau ketua kumpulan, kena pastikan anak buah Nat cukup. Bangun pagi tu rasa macam nak pitam pun ada sebab tak cukup tidur.

Siang tu, bila ada ceramah atau taklimat, memang Nat tidur je dalam dewan. Tak kisah dah orang lain. I'm too tired!

Malamnya, lepas habis event, semua pelajar baru akan dikumpul di padang kawad macam masa kumpul di awal pagi, ikut kumpulan yang ditetapkan. Kalau tak cukup semua orang, tak boleh balik bilik untuk tidur. Paling lewat kami dibebaskan untuk balik ke bilik adalah pada jam 2.15 pagi. T.T

Hari kedua pula, Nat terbangun lewat. Ya Allah! cuaknya! Nat terbangun pukul lima pagi. Kesian anak buah Nat yang lain, terlewat sama. Hmm... nasib baik akak PM(Pembantu Mahasiswa)  yang jaga pergerakan kami, pelajar baru ni macam penat sikit, tak larat nak marah- marah.

Pada malam 31 Ogos, malam merdeka, tu rasanya event paling seronok sepanjang MDS sebab semua semangat nak nyanyi lagu merdeka. Persembahan dari pelajar pun 'superb'! hehe. Dah seronok, syok-syok dapat nyanyi, tibalah masa untuk berkumpul balik dekat padang kawad untuk kira bilangan pelajar sebelum dilepaskan balik ke bilik. Haa.. pada malam nilah yang kami dilepaskan ke bilik pada jam 2.15 pagi tu. Nak tau tak sebab apa? sebab... ada budak yang kepala dia masuk air, pergi kecam PM-PM yang bertugas dalam media sosial (eg:twitter) =.= seriously, tak matang langsung. PM ni, dahlah penat nak uruskan kami yang bilangannya sampai 2400 orang, siap tak tidur, tak makan lagi! Budak-budak ni boleh pulak mengadu makan lambatlah, penatlah. Ya! Semua orang penat, Nat pun penat, tapi tak adalah sampai nak kutuk PM tu, sebab Nat tahu yang diorang berkali ganda lagi penat, kalau gagal uruskan 2400 pelajar ni, diorang pulak yang kene marah dengan pihak atasan. Tambah pula bilangan PM ni sikit. Nak dijadikan cerita, malam tu, semua orang kena marah, kena maki dengan PM-PM. Siap kena cabar lagi untuk uruskan diri sendiri, uruskan pendaftaran, uruskan taklimat apa semua. Ada yang menangis kot sebab takut. Abang PM yang handle pun menangis sebab kecewa dengan kitorang, terlalu pentingkan diri. Hmm...

I admit it. MDS ni memang penat, tapi, kehidupan masa degree nanti mesti lagi penatkan? Tak tidur sepanjang malam untuk siapkan assignment, belajar untuk quiz dan macam-macam lagi.

Hari terakhir MDS, Abang-abang dan Akak-akak PM semua minta maaf dengan kami takut-takut terkecilkan hati kami. Nat pun sedih nak ucap  selamat tinggal dekat akak-akak PM. ya lah, masa ni je kita boleh rasa ada orang 'caring' dengan kita. Nanti, lantaklah nak jadi apa pun. Tak ada orang nak kisah dah T.T

Nat rindu akak PM yang caring tu je ye. tak rindu pun MDS. haha.

But at the positive side, MDS ni adalah bagusnya. Kenapa? sebab dia but kita lebih tahan, tak manja gitu. Macam tentera. Kena dengar arahan dan berdisiplin. Kadang-kadang kena jalan jauh, redah hujan. Semuanya tak seronok. Kalau orang yang tak biasa jalan kaki jauh-jauh mesti dah merungut sakit kaki. Secara tak langsung, nanti bila dah sambung belajar, korang bolehlah biasakan diri berjalan kaki dari kolej ke fakulti (kalau kat UiTM shah Alam, jarak dari fakulti ke kolej agak jauh tau) Kalau yang tak sanggup nak jalan kaki tu, jangan bimbang, bas ada. cuma lambat atau cepat. jadi kena siap sedia bangun awal pagi supaya tak terlepas bas.

Kes yang tak cukup tidur tu, tak apa, kita Qada- tidur balik masa cuti nanti.(Habis je MDS, Nat tidur lebih dari 12 jam kut.. penat yang amat!)

Pada adik-adik yang bakal menjalani MDS, jangan takut tau! Kalau korang bekerjasama, dengar cakap PM, Insya-Allah tak kena marah. Kalau dapat PM yang baik hati, dapatlah korang tidur awal. Yang paling penting, jangan sesekali kutuk PM dekat media sosial tak kira betapa penatnya korang sebab diorang lagi penat.

Sekarang ni Nat tengah bercuti. Nak sambung tidur balik. :p


Kata Kunci :

PM : Pembantu Mahasiswa, terdiri daripada kakak-kakak atau abang-abang yang sukarela untuk membantu menguruskan hal pendaftaran dan program untuk pelajar baru yang ingin mendaftar. Mempunyai pelbagai karakter, ada yang garang, ada yang baik, ada yang sarkastik. Nasib koranglah dapat yang mana sebab manusia ni bermacam ragam. :p

MDS : Minggu Destini Siswa, nama minggu orientasi bagi UiTM. Sedikit memenatkan, minggu yang panjang dan harap berakhir dengan cepat.


Comments

Popular Posts