Jalan-Jalan :NU sentral

UNtuk budak-budak kampung macam Nat, bila berada di tempat orang mesti teringin nak travel kan? tipulah kalau dah sambung belajar jauh-jauh nak terperap je, duduk dalam dorm tak buat apa-apa. lagipun rugilah, dah ada kat tempat orang tak nak 'explore' pulak.




Tadaaaaa... List jalan-jalan Nat. Nat buat list ni masa semester 2 asasi di UiTM Dengkil.

Kenapa bila masuk sem 2 baru nak mula buat list? sebabnya... UiTM dengkil ni sangat strategik, dekat dengan Putrajaya, kawasan bandar dan mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam! Ini berdasarkan pengalaman Nat lah. Mungkin kalau yang belajar di UM atau UIA lagi strategik untuk keluar jalan-jalan.huhu.

Berbandingkan UiTM Puncak Alam, Palam ni duduk dalam hutan sikit, tempat agak terpencil. Jadi, susah nak dapatkan bas untuk keluar masuk kampus. Kalau ada, terpaksa berebut dengan pelajar-pelajar lain. Tempat nak pergi pun tak banyak dan jauh. Kalau korang sewa kereta bolehlah. senang nak ke sana ke mari. Tapi untuk rakyat arhaen yang kurang berduit macam Nat ni, kami lebih suka naik bas kerana ia murah! hihi.

Masa kat PALAM dulu, adalah beberapa kali Nat keluar dengan kawan-kawan. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dalam bas, tapi, itulah pengalaman bukan? nanti bila dah pegang jawatan tinggi-tinggi, tak adalah kita menyombong dan mengabaikan kesalahan orang lain.

Di Dengkil pula, pelajar kurang berbanding di PALAM, jadi, kesesakan di dalam bas tu kuranglah, Nat siap dapat tempat duduk! Kalau kat PALAM dulu, jangan harap nak dapat seat! 

Okay.. mari sambung cerita jalan-jalan NU Sentral. 

soalan pertama.. macam mana nak ke NU Sentral?
First time pergi ke KL Sentral, masa tu, Nat nekad nak jumpa kawan Nat yang belajar dekat UIA,  dari Dengkil nak ke UIA tu jauh tau! Kalau naik bas pun ambil masa dalam sejam. Ni pulak Nat yang ambil train bagai..lompat bas. Jadi bersiaplah korang semua dengan cerita Nat yang panjang ni.

Mari kita mulakan! mula-mula, dari Dengkil, korang kena ke Putrajaya Sentral. Naik apa? Naik bas. Bas apa? bas yang berhenti dekat depan stesen bas UiTM Dengkil lah.... Sampai je dekat Putrajaya Sentral, korang ada tiga pilihan. 

No. 1- Naik ERL, KLIA transit.(ni untuk orang yang bajet lebih sikit. Nat naik masa sebelum tahun 2016, masa tu murah lagi, RM 19 pergi balik. kalau harga sekarang, Nat tak tahu)

No.2- Naik bas ke KTM Serdang. Di KTM Serdang, korang boleh naik KTM ke KL Sentral( Untuk golongan bajet ciput. Nat pernah try, selepas harga ERL naik tu, mungkin lambat sikit nak sampai, tapi korang jugak yang nak murah kan?)

NO.3- Naik bas direct ke KL sentral.( Nat tak pernah try yang ni)


Bas nombor berapa nak naik? itu korang boleh tengok kat board. Nat takut zaman Nat dengan zaman korang dah berbeza nombor bas.


 ERL tu. cantiklah jugak nak compare dengan KTM, dan laju sikit dari KTM. Nat suka naik ERL ni! sebab tak yah berhimpit dengan orang. Kalau naik KTM jadi macam sardin. malangnya, disebabkan kite tak berduit mana, terpaksa say goodbye to ERL  ;(


Dah sampai je dekat NU Sentral nak buat apa?

Shoppinglah!( bagi orang yang berduit) Jalan-jalan cuci mata, bagi orang yang kurang berduit.haha

 ni dekat booth KTX, dapat main free, dan ada tempat buat poskad. Tu pun free. 
poskad free. 

Booth KTX tu ape die? okay.. sebesar-besar NU Sentral tu, ada satu lot kedai yang diadakan pameran KTX, kereta api berteknologi tinggi dari Korea. Kononnya, pembinaan sedang dilakukan, menyambung Kl ke Singapura. Lepas ni, sape-sape nak pergi Singapura senanglah. tak payah naik kapal terbang dah. Tapi Nat tak pasti, tahun bila siap projek KTX ni.



Set makanan dari DU BU Yo. tekak tetibe nak rasa makanan korea. Boleh tahanlah.. tapi Nat suke Sushi King lagi. 

Kalau korang tau ada tempat best lain yang boleh pergi kat KL/ selangor ni sharelah kat Nat ye... asalkan tempat tu boleh dicapai dengan kenderaan awam, I. Allah Nat pergi. Nak sewa kereta memang taklah.. 

Have a good day dear all my readers! :)





Comments

Popular Posts